|
Owner
PROFILECalled me Mia. Engaged with Mohd Ariff bin Md Isa. Our engagement on 30.1.2012. I love reading books (twilight)! I can read it again and over again. My blog, my rules. It is up to me to post whatever here. Anything else? Find a reason to smile. And, happiness will always be with you. |
Music |
|
Monday, 31 December 2012
2012-2013. Dalam masa 10 minit, tahun 2012 akan berinjak ke tahun 2013. Semua kenangan hanya akan ada dalam memori masing-masing. Siapa tahu, peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam 2012 tidak akan sekali-kali berlaku dalam 2013? Tiada siapa yang tahu, kecuali, DIA, Yang Maha Esa, Yang Mengetahui segalanya yang terkandung di bumi dan di langit dan juga di antara keduanya. Tahun 2012, penuh dengan kisah suka duka. Difitnah oleh seseorang yang pernah menjadi kawan baik sendiri, disalahkan oleh seorang guru tentang perkara yang tidak pasti, difitnah oleh seseorang yang pernah menjadi sebahagian dari dalam hidup, ditunding jari dengan rakan sejawat yang lain hanya kerana fitnah seorang hamba Allah. Peritnya rasa diduakan oleh seseorang yang diri ini sangat cintai dan kasihi, sepenuh hati. Sakitnya hati bila ditipu oleh seseorang yang tidak pernah diri ini sangsikan kejujurannya. Kecewanya diri ini bila tahu tentang perkara itu. Tetapi, dengan segalanya yang berlaku, adakah wajar untuk kita berputus asa? Tidak! Tidak sekali-kali. Peluang untuk hidup hanya sekali. Hanya Allah yang mampu memberikannya. Putus asa tidak akan pernah ada dalam kamus hidup. Allah yang memberikan, Dia juga yang mengambilnya kembali. Bersedia ketika saat itu akan datang. Hidup tidak akan selamanya berada di atas. Ada masa kita jatuh, tenggelam di dalam air, lemas. Ada masa kita terbang, jauh ke angkasa. Jangan lupa, akan ada masa kita akan terbakar dan lemas semula. Segalanya milik Allah. Kekuatan, kekayaan, kepandaian, semuanya hanya dipinjamkan sementara. Malah, kehidupan ini juga dipinjamkan. Kita tidak punya apa-apa, kita hanyalah hamba Allah yang selalu alpa dengan kehidupan dunia. May 2013 will be a better year than before. May Allah bless all of us. May we will be in Allah's Mercy. Amin. 12/31/2012 11:50:00 pm
|
Status HeartBeat
Twitter Affiliates Nurul Syakirah Ija-s Hanis Lettha Una Mimi Jazman Ardzmarn Mustaqim Lina Khalida Faizuan Mr.K Shafiqah Rashid Eyka Hamasuba Maisara Aziz gadisBUNGA |